sERaSi bErSaMa



  • Petua yang mampu membentuk hubungan cinta lebih mendalam:

Puji – Setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.
Peluk – Pasangan suami isteri hendaklah selalu memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu belaian penuh kasih sayang.
Penghargaan – Antara yang patut dilakukan amalan memberi hadiah yang boleh menambah kasih sayang.
Perhatian – Aspek ini mesti diberi penekanan kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan.
Persefahaman – Sebagai manusia berkerjaya, ia memerlukan pasangan lebih bertolak-ansur dan memahami kerjaya masing-masing.
Pergaulan – Pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan rasa cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.
Percutian – Harus merancang percutian berdua-duaan dengan pasangan di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin atau gangguan lain.
Permohonan – Doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia

  • . Beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri dengan membaca surah al-Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat ke-200 surah yang sama.
  •  Tiga cara untuk menerbitkan keserasian antara mereka iaitu dengan mengadakan sembahyang berjemaah, makan makanan yang dimasak oleh isteri serta tidur bersama bukan sekadar melakukan hubungan intim...
  • “Sesungguhnya dosa suami isteri akan gugur di celah-celah jari apabila mereka bersalaman selepas sembahyang berjemaah sekiranya berlaku pertelingkahan di dalam rumah tangga.
  • seseorang itu akan mendapat banyak ganjaran pahala daripada Allah walaupun sekadar menatap wajah suami atau isteri masing-masing.
  • “Ada lima perkara apabila kita menatapnya akan mendapat pahala iaitu melihat Kaabah, mushaf al-Quran, melihat wajah ibu bapa, orang alim dan memandang wajah suami isteri dengan penuh kasih sayang.
  •  Berkomunikasi dengan baik, bergurau senda dan memanggil pasangan dengan panggilan hebat seperti ‘sayang’, ‘abang’, ‘manja’ dan sebagainya juga dapat mengeratkan lagi perhubungan suami isteri.
  • Ramai pakar psikologi yang mencadangkan ‘rawatan pelukan’ di mana suami dan isteri digalakkan berpeluk sebelum tidur selama 10 minit. 
  • Tujuannya agar segala perasaan negatif yang tersimpan dalam hati sepanjang hari dapat dilepaskan dengan memeluk suami atau isteri. Jadi, pelukan sangat diperlukan dalam hubungan suami isteri. Ia akan merapatkan lagi hubungan suami isteri.
  • Pelukan juga akan menyebabkan kelenjar di otak mengeluarkan hormon serotonin dan dopamine yang memberikan rasa tenang dan tenteram.
  •  KEPERCAYAAN dan kejujuran merupakan nadi utama dalam sesebuah perhubungan khususnya ikatan suami isteri. Tanpanya, kasih sayang yang terjalin tidak mungkin akan berkekalan sehingga ke akhir hayat.


...SaYaNg,BahaGiaKah kiTa...

Sepasang suami isteri sedang menaiki basikal pada suatu petang. Suami di hadapan, manakala isterinya membonceng di belakang. Mereka melalui jalan berhadapan sebuah vila. Kebetulan di halaman vila tersebut sedang duduk pemilik dan isterinya sambil santai-santai minum petang.
Tiba-tiba pandangan kedua-dua pasangan suami isteri itu bertembung. Pasangan suami isteri yang sedang bersantai di halaman vila merenung pasangan suami isteri yang sedang berbasikal melalui hadapan vilanya.
Walaupun hanya seketika berpandangan tetapi hati mereka sempat berbicara...
"Alangkah bahagianya mereka," bicara hati suami yang sedang menunggang basikal. "Rumah besar, duduk bersantai pula dengan menikmati makanan yang enak-enak. Isterinya cantik, kereta besar..."
Apa pula bicara hati suami yang sedang duduk bersantai di halaman vilanya?
"Oh, romantik sungguh kedua-dua suami isteri itu. Isterinya memeluk erat di belakang. Alangkah bertuahnya mendapat seorang isteri yang disayangi. Tidak seperti aku, sekalipun mempunyai harta yang melimpah ruah tetapi aku tidak bahagia seperti mereka..." begitulah bisik hati si suami kaya itu.
Justeru, siapakah antara kedua-dua mereka yang bahagia apabila masing-masing merasakan orang lain yang lebih bahagia? Apa ukuran sebuah rumah tangga yang bahagia? Mempunyai segala kekayaan dan kemewahan hidup? Rumah besar, perabot mahal dan kereta berjenama, itukah petanda rumah tangga yang bahagia?

No comments: