rAhSiA wAnITA


..mENjaDi YaNg seMpurNa..
Saudariku...
Wanita muslimah laksana bunga yang menawan, wanita muslimah yang sholehah bagaikan sebuah perhiasan yang tiada ternilai harganya. Begitu indah, begitu berkilau dan menyejukkan setiap mata yang memandang...
♥♥ Saudariku...
Muslimah Sejati, adalah mereka yang pandangan matanya selalu menunduk dan mampu menundukan mata-mata lelaki yang mencoba menaklukannya.




♥♥ Saudariku... Jadilah engkau seperti kupu-kupu
Jadilah engkau seperti kupu-kupu, ringan perawakan, indah dipandang, sedikit bergantung kepada yang lain, terbang dari satu bunga ke bunga lain, dari satu taman ke taman lain. Lihatlah... dia tidak mengeluh atas hidupnya yang sebentar, tapi dalam hidupnya yang begitu singkat dia telah menebarkan keindahan dan membuat orang yang melihatnya senang. Atau jadilah engkau seperti lebah yang selalu makan sesuatu yang baik dan menghasilkan yang baik pula, jika ia hinggap diatas tangkai tidak mematahkan, menyentuh nektar tapi tidak merosaknya, mengeluarkan madu, terbang dengan rasa cinta dan hinggap dengan tali kasih. Itulah ibarat wanita yang lembut, perempuan sejati, yang kehadiran dan kedatangannya membawa keindahan dan sejuta manfaat, tidak ada yang tersakiti orang lain melalui perbuatan maupun lisannya.
♥♥ Saudariku...
Semoga engkau menjadi permata yang berkilauan. Yang tidak mudah disentuh kecuali oleh yang berhak. Yang menyadari kemuliannya. Yang menundukkan pandangannya, memelihara auratnya. Yang teguh menjaga kehormatan dan kesuciannya.








..mUkA oh mUkA...

1. HiLangKan jErAGaT
Ambil ½kg beras dan setengah auns limau nipis yang telah matang. Bersihkan beras dan toskan. Perah air asam  limau nipis ke dalam kuali dan masukkan beras yang telah dibasuh tadi. Goreng tanpa minyak sehingga berubah menjadi kehitaman. Tumbuk dan ayakkan menjadi tepung beras. Kemudian bancuh dengan air sejuk dan gosok pada wajah seperti menggosok daki. Untuk hasil yang lebih baik, boleh juga jadikan tepung beras ini sebagai masker.

2. biBiR mEraH sEmUlaJadi
Caranya ialah ambil sebuku halia dan di tumbuk lumat dengan dibubuh sedikit air. Perahkan airnya ke dalam cawan dan campurkan dengan kuning telur ayam kampung sebiji. Amalkan memakannya setiap pagi dan malam sebelum hendak tidur.

3. wAjAh cAnTiK
 Cara yang paling mudah untuk mengembalikan seri wajah ialah dengan cara ambil beberapa helai daun lengundi atau lemuni dan rebus. Pucuknya dibuat ulam manakala air rebusan pula diminum.

4. bIbIr pEcAh.
Ambil getah jaraj dan sapukan pada bibir yang merekah itu.

5. mUkA bErMinYaK
 Ambil daun peria dan gosokkan pada muka setiap malam sebelum tidur selama sebulan.

...seNgUgUt oh sEnguGuT...


1. aIr KaPuR
Ambil segelas air teh yang telah sejuk dan campurkan dengan sedikit kapur (kapur makan/sirih). Minum lah air campuran tersebut

2. aiR sEjUk
Amalkan minum air sejuk terlebih dahulu setiap pagi sejurus selepas anda bangun dari tidur.

3. kUnYiT dAn GuLa MeRaH
Rebuskan setengah auns kunyit yang telah dipotong-potong bersama sedikit gula merah dan asam gelugur. Biarkan sejuk. Amalkan meminum air rebusan ini dua kali sehari setiap hari sebelum datang haid.

4.kUnYiT
Jika bau hanyir ketika haid menganggu anda, anda boleh mengambil sepotong kunyit jantan. Tumbuk lumat dan  campurkan sedikit air kemudian di perah sehingga dapat kira-kira satu gelas kecil. Campurkan dengan air asam jawa dan gula merah. Amalkan meminumnya setiap malam selama seminggu sebelum datang haid.

5. aIr LiMaU niPis
Campurkan sedikit air limau nipis bersama air kunyit yang telah ditumbuk. Jadikan ia sebanyak segelas penuh. Amalkan meminumnya setiap malam tiga hari sebelum datang haid.

6. kuLiT KaYu MaNis
Ambil kulit kayu manis kira-kira setahil (37.8 gram), lima keping kulit limau nipis atau limau purut dan rebus. Amalkan meminumnya segelas setiap malam tiga hari sebelum haid.


No comments: